Mengenal Forex Bagi Permulaan
Apa Itu Forex?
Forex = Singkatan daripada perkataan For-eign Ex-change.Dalam bahasa lain, forex ialah tukaran wang asing.
Dari wang US Dollar ke Pound Sterling dan sebagainya.
Dipermudahkan nak senang ingat, forex ini sebenarnya jual beli. Sama seperti bisnes.
Ada orang beli dan ada orang jual maka berlakunya bisnes.
Cuma forex kita jual beli satu mata wang ke mata wang lain. Nampak?
Bagaimana Boleh Buat Duit dengan Forex?
Saya tak nak terangkan dalam bahasa buku teks tapi saya lebih suka terangkan dalam bentuk metafora(perumpamaan).Metaforanya begini:
Katakanlah kita nak beli atau jual rumah.
Bila masa kita nak beli rumah, mesti nak beli ketika harganya murah dan rendah bukan?
Contoh: Harga rumah yang kita beli ialah RM100,000.
Selepas itu, bila harga rumah yang kita beli naik baru kita jual. Barulah kita untung.
Contoh: Harga rumah yang kita beli tadi nilainya naik jadi RM120,000 dan jual pada harga tersebut lalu dapat untung RM20,000.
Setakat ini faham?
Maksudnya beli murah, jual mahal. Barulah untung.
Jadi, sama juga seperti forex.
Forex Haram?
Saya bukan ustaz yang 40 tahun belajar tentang forex trading. Jadi saya tak boleh bagi jawapan yang betul lagi tepat.Tapi saya boleh berikan pendapat apa yang saya percaya mengenai forex.
Forex jadi haram bila trade tanpa analisis dan ikut orang. Lebih teruk lagi tipu orang atas nama forex.
Forex jadi halal bila trade dengan ilmu dan analisis sendiri yang betul.
Maksudnya bukan main suka hati trade. Tapi ada sistem trading yang tersendiri.
Jadi, ada sebarang persoalan mengenai forex? Tak tahu macam mana nak mula? Lain-lain? Boleh tanya di bawah.
Comments
Post a Comment