Analisis #1 Pair EURJPY: Double Extreme Bak Hang
Ok, kita skip bahagian pengenalan tentang forex dan BBMA dahulu, terus masuk analisis pertama saya.
Kita lihat pair EURJPY pada 14 Julai yang lalu. Di time-frame (TF) H1:
Ya, tepat sekali. Sebelum berlakunya re-entry candle akan beri confirmation terlebih dahulu.
Kesimpulan: EJ Buy
TP: ABC (Asal Biru Close) / Reversed 2 = 129.665
SL: Wajib SL / 128.4
AMARAN KERAS: Untung atau rugi tanggung sendiri.
Kita lihat pair EURJPY pada 14 Julai yang lalu. Di time-frame (TF) H1:
Untuk permulaan yang tak tahu apa itu Extreme? Apa pula Double Extreme, kita akan belajar pada entri yang akan datang. Buat masa sekarang untuk yang dah faham.
Bila berlaku Double Extreme (DE) di TF kecil, maka berlaku apa di TF besar?
Kebiasannya, akan berlaku MHV = Market Hilang Volume.
Sekarang kita lihat TF H4 apa yang berlaku:
MHV Di TF H4 |
Jika di H4 MHV maka di time-frame Daily apa yang kebiasaannya akan berlaku?
Sudah tentu Re-Entry.
Adakah ia tepat? Jom kita lihat:
Re-Entry Di TF Daily |
Ya, tepat sekali. Sebelum berlakunya re-entry candle akan beri confirmation terlebih dahulu.
Maksudnya: Candle sebelum tak close MA 5/10 + Mid BB > Selepas itu baru kita re-entry.
Jadi daripada analisis yang kita buat, apakah probability untuk price akan naik?
Tinggi atau rendah? Sudah tentu tinggi.
Jadi, buy atau sell? Sudah semestinya buy.
Cuma, kita kena ingat, walaupun analisis kita dah betul. Tepat, padu dan tanpa was-was. Mungkin price boleh terjun lagi.
Sebab itu dalam forex kita kena ingat mantera ini:
"Tiada apa yang pasti, yang ada hanya probability."
Kesimpulan: EJ Buy
TP: ABC (Asal Biru Close) / Reversed 2 = 129.665
SL: Wajib SL / 128.4
AMARAN KERAS: Untung atau rugi tanggung sendiri.
Comments
Post a Comment