Posts

Showing posts from July, 2017

Hasil Analisis #1 EURJPY: TP Ke Tak?

Image
Pada 2 hari yang lalu, saya buat analisis pair EJ. Dan hasilnya, alhamdulillah hit TP. EURJPY Hit TP 129.665 Sebelum price naik nak hit TP berlaku extreme kali ke-3. Triple Extreme . Apa maksudnya? Maksudnya market memang betul-betul tak ada volume nak turun. Seller nak push tapi tak lepas. Push lagi tak lepas, kali ketiga push pun tetap tak lepas maka akhirnya seller mengalah memberi laluan kepada buyer. Jangkaan saya price akan naik lagi, tetapi disebabkan tiada CSA (Candlestick Arah) di time-frame daily, maka saya terpaksa close position. Dan berlakunya setup extreme di TF H1, petanda awal market nak reverse. Jadi, apa nak buat? Buat masa sekarang ini saya pilih untuk sabar menanti jika TF H4 membentuk extreme dan TF Daily membentuk re-entry confirmation maka saya akan re-entry sell.

Analisis #1 Pair EURJPY: Double Extreme Bak Hang

Image
Ok, kita skip bahagian pengenalan tentang forex dan BBMA dahulu, terus masuk analisis pertama saya. Kita lihat pair EURJPY pada 14 Julai yang lalu. Di time-frame (TF) H1: Double Extreme di TF H1 Untuk permulaan yang tak tahu apa itu Extreme? Apa pula Double Extreme, kita akan belajar pada entri yang akan datang. Buat masa sekarang untuk yang dah faham. Bila berlaku Double Extreme (DE) di TF kecil, maka berlaku apa di TF besar? Kebiasannya, akan berlaku MHV = Market Hilang Volume. BBMA Multiple Time-Frame Checklist Sekarang kita lihat TF H4 apa yang berlaku: MHV Di TF H4 Jika di H4 MHV maka di time-frame Daily apa yang kebiasaannya akan berlaku? Sudah tentu Re-Entry. Adakah ia tepat? Jom kita lihat: Re-Entry Di TF Daily Ya, tepat sekali. Sebelum berlakunya re-entry candle akan beri confirmation terlebih dahulu. Maksudnya: Candle sebelum tak close MA 5/10 + Mid BB > Selepas itu baru kita re-entry. Jadi daripada anali...

Mengenal Forex Bagi Permulaan

Image
Apa Itu Forex? Forex = Singkatan daripada perkataan For -eign Ex -change. Dalam bahasa lain, forex ialah tukaran wang asing. Dari wang US Dollar ke Pound Sterling dan sebagainya. Dipermudahkan nak senang ingat, forex ini sebenarnya jual beli. Sama seperti bisnes. Ada orang beli dan ada orang jual maka berlakunya bisnes. Cuma forex kita jual beli satu mata wang ke mata wang lain. Nampak? Bagaimana Boleh Buat Duit dengan Forex? Saya tak nak terangkan dalam bahasa buku teks tapi saya lebih suka terangkan dalam bentuk metafora(perumpamaan). Metaforanya begini: Katakanlah kita nak beli atau jual rumah. Bila masa kita nak beli rumah, mesti nak beli ketika harganya murah dan rendah bukan? Contoh: Harga rumah yang kita beli ialah RM100,000. Selepas itu, bila harga rumah yang kita beli naik baru kita jual. Barulah kita untung. Contoh: Harga rumah yang kita beli tadi nilainya naik jadi RM120,000 dan jual pada harga tersebut lalu dapat untung RM20,000. Setakat ini...